Khamis, 30 Disember 2010

maksud disebalik......... isyarat tangan iluminati dan freemason

1-Tangan Tersembunyi Tuhan Jahbulon
*presiden amerika ke-19

Rahsia sebenar tingkah laku ganjil (sembunyi tangan) ini tidak dapat dipastikan oleh kebanyakan pengkaji. Banyak andaian yang dibuat tetapi andaian yang paling masyur adalah konsep tuhan tersembunyi Jahbulon yang dibongkarkan oleh Texe Marrs.

   Persefahaman yang dibina antara ahli-ahli Freemason teramat kuat seolah-olah  ahli-ahlinya mengikut suatu agama. Lazimnya, sesebuah agama mempunyai tuhan yang menjadi sembahan penganut-penganutnya. Sekiranya ianya tepat maka tuhan gerakan Freemason adalah Jahbulon.

Tanduk Syaitan atau I Love You Syaitan
Para pengkaji mempercayai bahawa simbol-simbol di atas menunjukkan sifat 'penyembahan' dan kecintaan kepada unsur-unsur kesyaitanan. Maka Marrs (salah seorang pengkaji) menyimpulkan simbol ini sebagai 'I Love You, Syaitan'.

Tanda OK

Simbol OK membawa pelbagai maksud seperti baik, ya, sudah siap, sudah bersedia dan sebagainya. Dalam ilmu konspirasi, Mexe Marrs cuba merungkaikan bahawa simbol ini mempunyai kaitan yang langsung terhadap kelompok Freemason dan Illuminati.

Bagi golongan Freemason, simbol OK membawa maksud simbol alat kelamin perempuan atau juga disebut 'yoni'. Bagi pengamal ajaran kesyaitanan, tiga jari yang terbuka merujuk kepada tiga tuhan sembahan iaitu Iblis, Dewa Babyondan Antichrist (Dajjal). Bagi golongan Illuminati pula, simbol ini bermaksud The Divine King atau Antichrist.

   Walaupun terdapat pelbagai persepsi tentang maksud sebenar simbol OK ini, simbol yang didedahkan oleh Marrs ini memberi isyarat ke arah objektif yang sama daripada pelaku-pelakunya iaitu simbol Illuminati dan Freemason. Ia juga merupakan simbol tersirat yang sangat berbahaya kepada orang-orang Islam.

 Kejayaan untuk Syaitan



Simbol di atas selalu terdapat di dalam gambar. Aksi 'pose'? Keamanan? *peace!*?

   Merujuk kepada simbol di atas, Dr, Cathy Burns menerangkan di dalam bukunya yang bertajuk Masonic and Occult Symbols Illustrated, bahawa dua jari yang terbuka ke atas merujuk kepada amalan-amalan dalam ajaran Freemason dan Gnostic Law of Oppasities. Menurutnya lagi, dua jari itu menggambarkan dua ciri yang ditonjolkan iaitu baik dan jahat, syurga dan neraka. Selain itu, simbol ini juga dianggap sebagai perlambangan kepada tanduk Baphomet iaitu tuhan berkepala kambing yang dipuja golongan pengamal ajaran kesyaitanan.

1 ulasan: